Assalamualaikum?
Ape kabar kawan-kawan....moga masih sedar yang kalian masih idup dan akan menghadapi kematian....:)
Dikala musim exam nie....sambil belajar geo.tektonik....belajar tentang pergerakan kepingan kerak bumi dan kesannya terhadap bentuk muka bumi....antaranya adalah tentang rekahan benua....huhu...dan contoh yang ingin diceritakan di sini ialah lembangan yang terbentuk di Palestin iaitu Tasik Tiberias atau juga dikenali sebagai Laut Tiberias @ Laut Galilee @ Tasik Kinneret @ Tasik Gennesaret. Banyak betul name panggilan die...Tasik nie terbentuk akibat pemisahan antara plat-plat Afrika dengan plat Arab. Merupakan tasik air tawar terbesar di timur tengah dan mempunyai keluasan 166km persegi dan kedalaman kirex2 43meter dan tasik air tawar terendah di dunia. Bukti berlaku rekahan benua di sini ialah terdapatnya batuan basalt dan granit. Sumber air tasik ini datang daripada sg Jordan....dan lain lain lagi...bleh cari sendiri...huhu
Bukan itu sahaja yang menarik pasal TASIK ini....bagi manusia yang bergelar mukmin...tasik ini membawa makna yang lebih...bukan sekadar untuk buat minum air jaa...tapi sebagai memperingati bahawa kiamat itu benar dan pasti akan berlaku. Tasik ini semakin hari semakin surut....bukti akan datangnya Dajjal....kemudian TASIK ini akan menjadi tempat minum untuk Yakjuj Makjuj sampai kering kontang....
Kiamat pasti akan berlaku...semoga kalian sedar akan berita kiamat itu bukan khabar palsu tetapi benar dan amat nyata.......percaya kepada Hari Kiamat juga salah satu rukun IMAN.....marilah berubah sebelum rugi di kemudian ari...Waktu dunia sangat singkap apabila dibandingkan dengan Waktu di akhirat iaitu 1 hari bersamaan 1000 tahun....Sebab itu dunia dikatakan tempat persinggahan....Moga kalian berusaha dan memanfaatkan sebaik mungkin SATU HARI di dunia ini....kalu kire betulx2 tak sampai pon sehari....:)
Saya selitkan video yang menarik yang boleh dikaitkan dengan kisah palestin, tasik tiberias, kiamat dan sejarah silam. Sejarah amat penting sebagai pengajaran bukan cerita-cerita untuk bersukaria dan sahaja bace untuk kepuasaan tetapi ambek iktibar....:)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan