Sabtu, 9 April 2011

Perang Dunia Pertama Part 1

Assalamualaikum?

sekian lame mendiamkan diri, akhirnyer muncul kembali untuk menceritakan tentang bagaimana palestin telah dirampas dan ditindas oleh yahudi laknatullah.....

Perang dunia pertama menyaksikan pertarungan sengit antara kuasax2 kolonial dalam memperluaskan imperialisme masingx2. Terdapat 2 pihak iaitu kuasa tengah (kerajaan Bavaria) yang dianggotai oleh prussia-german dan austria. Satu pihak lagi pihak bersekutu yang diangotai oleh british, perancis dan rusia. ermmm, mase nielahh british dan perancis mengambil kesempatan untuk meluaskan empayarnyer. Di samping itu, mereka juga merancang untuk melemahkan dan menghapuskan empayar Islam yang terakhir iaitu Turki Uthmaniah. Sebab, kekuasaan turki uthmaniah menjadi batu penghalang british dan sekutunyer untuk mengukuhkan kepentingan mereka di Timur Tengah.

Di atas perkiraanx2 politik, Kerajaan Turki Uthmaniah telah bergabung dengan kerajaan Bavaria bagi menjaga sempadan Khilafah Islam. Peperangan nie telah mengorbankan ramai org. Di sebelah barat, british-perancis bertempur dengan german. Manakala di sebelah Timur, Rusia menyekat kemaraaan german. Sementara itu, pihak bersekutu juga membuat perancangan utk mewujudkan medan perang di timur tgh. Matlamat british adalah untuk mengalahkan turki di palestin dan menjajah  Baitul Maqdis (Jeruselam).

Pihak british telah mengatur strategi utk melemahkan pertahanan turki iaitu dengan memecahkan kesatuan umat islam dari dalam. Kerana perpaduan antara umat islam di timur tgh sangat kuat. Pihak british juga menyerang turki dari selat bosphorus supaya turki menyerah diri. Kemudian pihak bersekutu menyediakan satu angkatan dan mendarat di Gallipolli. Di sini berlaku peperangan yg amat sengit. Lebih 500k yg terkorban. Namum objektif british utk mengalahkan Turki gagal dan terpaksa berundur ke selat bosphorus.

Sementara itu british telah melantik ejennyer di Hijaz (Arab Saudi) iaitu T.E. Lawrence (lebih dikenali Lawrence of Arabia). Lawrence nie telah ditugaskan utk mengumpulkan kekuatan Arab bg menghadapi Turki Uthmaniah. Lawrence nie telah meniupkan semangat kebangsaan sempit dan mengapi-apikan sentimen perkauman. Lawrence nie jugak berjaya menghasut pemerintah Hijaz utk menyokong pihak bersekutu bg melawan Turki. Lawrence juga menubuhkan gerombolanx2 Arab yang melancarkan serangan ala gerila ke atas kedudukanx2 tentera turki di utara Hijaz dan di Palestin.


sedikit petikan yg mungkin baik utk anda semua berdasarkan kisah di atas....

"Muslim kill muslim! What else, the agenda of the west"




Nielah yang telah berlaku...
Apakah pengajaran yang dapat diambil daripada kisah ini....cube fikir den komen...:)



Fahamilah Islam sebaik mungkin berdasarkan Quran dan Sunnah.....
Jadikan membaca sebagai hobi, dan jangan lupa beramal.....:)

Sambungan!!!!   Klik sini.....:)




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...