assalamualaikum?
semalam 11 mac 2011, kite telah dikejutkan dengan bencana alam yang sememangnya ganas telah melanda negara jepon iaitu tsunami,,hasil daripada gempa bumi yang berskala 8.9 ritcher scale.....memang besar nie....kalu tak caye,,nnti cube try bukak buku geologi- earth science/ kat tenet pon bleh.....
ape yang terlintas di fikiran anda semua bile sesorang menyebut ttng tsunami???
mesti fikir lembu dibawa arus, kambing mandi air laut, kete terapung, ikan berenang ke darat.....ahhh nie semua mengarut...ape yang akan terlintas kat fikiran ak adalah semua manusia yang berada di zon bahaye tsunami akan cube sedaya upaye untuk menyelamatkan diri masing-masing....masingx2 akan rase berdebar, ak dah nak mati ke nie...sambil mencari cari perlindungan,,,,manenyer pelampung,,kapal penyelamat, helikopter, bomba, mane korang!! tolong akk!!! AAAHHHH!!!!!
Lastly diselamatkan. Mmng syukur giler bile dapat perlindungan. Pastu dapat tahu semua ahli keluarga selamat..mmng gembira...
Namun, bagaimana pula nasib mangsax2 yg tidak mendapat perlindungan??? apakah keadaan mereka??? Mereka mkn ape??? Pakai ape??? Adakah mereka sihat??? Nielah persoalan yg perlu kite fikirkan dengan teliti. Perlindungan amat penting. Andai kite yg menjadi mangsa tsunami...ermm fikirlaaa sendiri....mesti kita mau perlindungan yg sebaik mungkin...
Cth yg simple laa kat universiti nie,,,,kalu kite naik motor nak pergi mkn mase cuaca tengah panas, kalu bleh mesti nak cari perlindungan daripada matahari yg terik,,, kalu bleh nak parking bawah pokok jeee,,,kalu takde pokok nak kutuk je pihak U kenapa tebang pokok....hahaaa...begitulaa citenyer....walhal ini baru kehidupan di dunia, mcm2 perlindungan diperlukan....
Bagaimana pula perlindungan di akhirat??? adakah anda yakin mendapat perlindungan arasNya?? Perlindungan di akhirat bukan perkara main main?? Perlindungan amat diperlukan... tetapi bagaimana untuk mendapat perlindungan ini?? cth perlindungan di akhirat bleh refers hadis nie yang bermaksud:
Abu Hurairah ra telah meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:
” Terdapat 7 golongan yang akan mendapat lindungan arasyNya pada hari yang tiada lindungan melainkan lindungan daripadaNya. Pemimpin yand adil; pemuda yang masanya dihabiskan untuk beribadah kepada Allah SWT; seseorang yang hatinya terpaut pada masjid; 2 lelaki yang berkasih sayang dan bertemu dan berpisah kerana Allah SWT; lelaki yang digoda oleh perempuan cantik dan berpengaruh untuk melakukan maksiat tetapi dia menolak dengan mengatakan Aku Takutkan Allah; seseorang yang bersedekah dan menyembunyikannya sehinggakan tangan kanannya tidak mengetahui apa yang diberikan oleh tangan kirinya; dan seseorang yang mengingati Allah ketika bersendirian sehinggakan mengalir air matanya kerana Allah SWT.” Riwayat Muslim
Fikir-fikirkannnlaaa...sentiasalaa berusaha untuk menjadi insan yang beriman kepada-Nya...lagi lagi kite yang masih muda nie, gunakanlaa mase sebaik mungkin,,,jgnlaa jd golongan yg berbuat baik kerna usia sudah lanjut,,,mmng tak menarik...kan kan....pastu kene komen anak cucu nnti...huhu...:))
Lastly back to Quran and Sunnah.....
nie brape sampel gambar tsunami di jepon...
abis semua bende dibawa tsunami, nampak biase je dlm gmbr tp merbahaya kerna mempunyai halaju yg tinggi
betapa lajunya arus air nie sampaikan kereta dihanyut macam kapal kertas hanyut atas air
akibat tsunami, kebakaran pon bleh berlaku disebabkan oleh short circuit
tinggi betul tsunami nie, tgk pokok tu sbgai skala